Penajaan Pendidikan Tahfiz Anak Yatim dan anak Muallaf Pendalaman

PELUANG MENAJA "ANAK ANGKAT" DI KALANGAN ANAK YATIM & ANAK MUALLAF DARI PENDALAMAN SABAH DAN SARAWAK

Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL membuka peluang kepada Rakyat Malaysia Untuk menjadi penaja Program anak angkat kepada pelajar-pelajar Muallaf dari pendalam Sabah dan Sarawak dan pelajar dari golongan anak yatim yang terpilih.

ketika ini, HQ AKMAL telah menerima 6 orang pelajar pendalaman dari  kawasan minority Islam dari Sabah dan Sarawak. Usaha dengan kerjasama NGO Dakwah dan kebajikan Yayasan Amal Malaysia ini telah melalui proses pemilihan yang ketat dengan mengambil kira dari segi kesan jangkamasa panjang perkembangan islam masyarakat setempat.

Pemilihan ketat dibuat bagi memastikan agar Anak angkat yang dipilih itu benar-benar layak serta mempunyai minat yang tinggi untuk menghafal Al-Quran, seorang pelajar yang benar-benar mampu mencapai misi menjadi seorang Hafiz dan bakal menjadi seorang daie pendakwah yang  boleh membimbing masyarakat serta mengembangkan Islam di sana pada masa akan datang. Jika anda berminat untuk menyertai program “Anak Angkat” ini, sila daftarkan borang penajaan dibawah untuk di hubungi.

“Mari kita semai benih dakwah Islam ke pendalaman.”

وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ

” Tidak sepatutnya bagi orang – orang yang mukmin itu pergi semuanya ( ke medan perang ). mengapa tidak keluar dari tiap – tiap kelompok mereka itu satu kumpulan bagi mendalami  pengetahuan mereka tentang ugama dan untuk memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka telah kembali kepada mereka, agar mereka sentiasa berwaspada ” – Surah Attaubah 122

Jika ingin melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Dalam dakwah biasanya terlalu rumit untuk mendidik orang tua atau orang dewasa memahami ajaran islam secara mendalam. Islam mengajar kita satu kaedah terbaik untuk mengubah meraka adalah dengan cara mengilmukan generasi akan datang agar menjadi seorang yang benar-benar berilmu dan beragama. kemudian mereka pulang membawa perubahan dalam masyarakat dengan ilmu. Program ini adalah inisiatif Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL kepada masyarakat dalam usaha melaksanakan kewajipan dakwah islam di kawasan minoriti. kami ucapkan jutaan terima kasih pada para penyumbang. Semoga usaha ini menjadi saham buat kita semua di akhirat nanti insyAllah.
infaq pelajar pendalaman
Ustaz saifullah
CEO Akademi Al-Quran Amalillah

Ahmed Faris Ajwad (Pelajar Yatim)

Pelajar berusia 12 tahun dari Bukit Payung Terengganu. Berjaya cipta sejarah Hafiz 30 juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 6 bulan 20 Hari. Ahmad Fariz adalah pelajar anak yatim yang ditaja penuh oleh Penyumbang.

Hussin @ Susin bin Bungkak (Anak Muallaf)

Pelajar berumur 12 tahun berasal dari Pulau Banggi, Sabah. Etnik Dusun Bonggi yang pertama dari pulau tersebut yang berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk Alquran, tepat 365 hari bersamaan setahun. Pelajar yang baru 3 tahun memeluk islamini ditaja sepenuhnya oleh Tuan Hj Mad Muda

Mohammad Izzat Syamim Abdullah (Anak Yatim Pendalaman)

Pelajar berbangsa Penan dari Kampung Ulu Sungai Jelalung, Bintulu, Izzat yang datang dari pendalaman Sarawak ini telah Berjaya Hafiz 30 Juzuk Al-Quran Kareem dalam tempoh yang amat membanggakan, berjaya hafiz dalam tempoh 301 Hari.  Izzat juga ditaja oleh Tuan Hj Mad Muda

Tajaan Umum

Tajaan pelajar secara umum boleh dibuat terpulang pada kadar yang di ingini. pihak pengurusan akan menggunakan dana dari tabung tersebut bagi menampung tunggakan yuran pelajar anakyatim . Mohon isi borang sumbangan dibawah agar segala transaksi wang tersebut dapat di record oleh sistem.

Tajaan Khusus

Tajaan Khusus pula adalah tajaan berbentuk program anak angkat yang sebenar. Penyumbang akan menanggung kos yuran pembelajaran pelajar yang terpilih dari awal pendaftaran sehingga berjaya tamat atau khatam tahfiz 30 juzuk Al-Quran.

penajaan pelajar asnaf

Borang Penajaan Pelajar Yatim dan Muallaf

    Kita Cipta Sejarah yang gemilang Bersama-sama