SERTAI TEAM MURABBI HUFFAZ AKADEMI AL-QURAN AMALILLAH (AKMAL)

Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL) adalah sebuah Akademi Tahfiz Al-Quran yang membantu masyarakat bagi mencapai cita-cita besar untuk melahirkan anak-anak yang Hafiz & Hafizah Al Quran Dalam Tempoh Setahun.

Modul Akademi AKMAL dicipta untuk mencapai misi memburu Hafiz. Tidak seperti kebiasaan Pusat Tahfiz, di Akademi AKMAL kami menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, Kajian pelajar secara Bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai target dan Misi besar ini.

Sabda Rasulullah : “Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah mereka yang menghafal Al-Quran dan mengajarkannya”.

Misi Akademi AKMAL ingin melahirkan 3000 Huffaz Setahun menjelang tahun 2025

Bagi mendokong misi besar ini, kami memerlukan satu Team Murabbi atau guru Tahfiz yang berjiwa besar dan bermotivasi tinggi sebagai jentera penting bagi mendidik serta mentarbiah para pelajar. 

Walaupun “Hafiz Setahun” bukanlah satu usaha yang mustahail, Tetapi ia pastinya memerlukan semangat, keyakinan serta komitmen yang tinggi dari para MURABBI. Komitmen untuk membantu para pelajar mencapai misi hafiz dalam tempoh setahun InsyAllah.. Komitmen MURABBI menjadi asas utama kejayaan sistem ini.

Tahfiz Akademi Al-Quraan Amalillah (AKMAL) di TV Al-Hijrah

LOKASI AKADEMI AKMAL YANG MASIH MEMERLUKAN GURU BAGI SESI 2021

✳AKMAL HQ Terengganu – Buka

✳AKMAL  Shah Alam Selangor – Buka

✳ AKMAL Bukit Beruntung – Buka

✳ AKMAL Banting – Buka

✳ AKMAL Batu Pahat Johor Baru – Buka

Gaji yang ditawarkan RM15OO Sebulan

✳Elaun Guru bulanan – bermula RM 1500 (tidak campur elaun tambahan)

✳ Bujang diutamakan. Yang sudah berkahwin diterima.

✳ Waktu berkhidmat – 7.30 pagi sehingga 6.00 petang. Setiap hari kecuali Ahad (di cawangan) dan Sabtu  (di HQ) 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN TEAM MURABBI TAHFIZ AKADEMI AKMAL

DAFTAR SEBAGAI MUALLIM AL-QURAN AKADEMI AKMAL SESI 2021

    PENDAFTARAN ANDA TELAH DITERIMA. TERIMA KASIH!

    Hantar Resume Anda ke Email akademiakmal@gmail.com

    Sebaraang pertanyaan silaWhatsaap atau hubungi no tel dibawah
    Ustaz Fakhrul – 019 3958358
    Ustaz Saifullah – 017 3557809